Monday, November 16, 2009

SEnyuM KambING ;)



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?


Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

SALAH TAFSIR DAA...

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing inikedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan sayamasukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akanmasukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineralitu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Tuesday, November 3, 2009

RAHSIA KEPERIBADIAN DI SEBALIK EMEL SESEORANG

...gunakan nama penuh...
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.
...nama depan dan tengah...
Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
...nama dan tahun...
Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.
...nama samaran...
Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.
...nombor dan abjad...
Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..